Skip to main content

Belajar Membaca Al-Quran Dengan Mushaf Almumayyaz & Alwassim


Assalamu'alaikum. Ehem2! He3...

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap pengakhiran, setiap kejadian, setiap walau apa-apa pun perkara, semuanya terjadi dengan permulaan. Tanpa permulaan, kita takkan pernah sampai atau mencapai apa-apa pun. Tidak akan ke puncak gunung. Tidak akan ke mahligai gading. Tidak akan walau mendaki tangga pun. Kerana apa? Kerana kita tak pernah melakukan permulaan. Tak pernah cuba untuk menapak walau tangga pertama pun, macam mana nak sampai ke tangga ke seratus? Tentu tak sampai, kan?

Jadi macam mana caranya untuk mencapai semua tu?

Caranya, perlu lakukan permulaan.

Dulu masa sekolah... Kita mula dengan belajar ABC, baru lepastu lama-lama kita pandai baca sebaris ayat, kan? Lepastu mula pandai baca karangan. Lepastu mula reti baca novel cinta. Dari 20 muka surat, sampailah 20,000 muka surat pun sanggup baca. Kan? Siap boleh main balas surat cinta dengan budak lelaki meja belakang lagi tu. Hahaha! *punyalah pandai membaca pandai menulisnya dia.*

So... gitu jugak dengan nak jadi baik. Atau berubah jadi orang yang lebih baik. Ke nak jadi muslimin dan muslimah yang baik?

Tapi yang namanya 'baik' tu adakah dengan hanya niat 'nak jadi' baik, kita terus 'jadi'? Tentu tidak, kan?

Tentu kena usaha dulu baru jadi, kan?

Dan usaha tu, bukan hanya dengan kata di bibir saja aku nak usaha dan lepastu terus jadi. Tak jugak. Kena usaha betul-betul. Kena angkat kaki, Kena angkat tangan. Kena buka mulut. Kena ke sana. Kena ke sini. Kena bermula!

Semuanya hanya akan terjadi bila ada permulaan. Tanpa permulaan, kita takkan ke mana-mana.

Orang kata usaha itu tangga kejayaan? Naaa... yang permulaan itulah namanya usaha. Usaha kita untuk cuba berubah jadi lebih baik. Nampak?

Permulaan itulah percubaan kita. Dan percubaan itulah usaha kita. Bila kita dah berusaha, dengan ikhlas, dengan bersungguh-sungguh, maka jangan risau, kita pasti berjaya! Orang yang berusaha tak pernah gagal. ALLAH dah janji kan? ALLAH nak tengok usaha kita, bukan natijah. Yang kalah itu bukan gagal, yang kalah itu hikmah yang padanya ALLAH nak kita kutip ilmu dan pengalaman di situ. Dan dengan ilmu serta pengalaman kekalahan tulah kita akan jadi lebih kuat dan lebih bijaksana dalam berusaha mencapai apa yang kita hajatkan. Sebab dengan kekalahan tulah kita akan berusaha untuk pastikan impian yang kita kecapi adalah baik dan sempurna. Betul ke kata saya?

Jadi... dalam kita berusaha untuk jadi seorang manusia yang baik dan berjaya di muka bumi ini, kita memerlukan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman. Orang cerdik pandai kata, 'user guard'. Macam nak main talipon baru. Kita kena guna 'user guard' book dia untuk pelajari dan ketahui butang ini fungsinya apa, butang itu fungsinya apa, kan? Dan begitu jugak dengan hidup kita. Kita perlukan Al-Quran untuk bantu kita 'bermain' dengan hidup. Kalau kita guna 'user guard', andai kata kita 'tergelincir' dari 'landasan', kita tahu macam mana nak 'naik' semula ke landasan yang betul. Andai kata kita kebuntuan dan kekeliruan di tengah jalan tak tahu nak ke mana, bila kita merujuk pada 'user guard', kita tentu tahu bagaimana cara untuk memilih jalan yang betul. So begitulah penting user guard yang namanya 'Al-Quran' ni.

Tapi kalau tak reti baca Al-Quran, macam mana nak merujuk padanya? Macam mana nak jadikan ia panduan? Huruf Alif pun tak kenal, macam mana nak baca dan menyebut ayat dan perkataan yang ada di dalamnya? Masak... masak... 'User guard book yang paling penting tu kita tak reti nak baca, nak manage hidup ni macam mana? Kalau terkandas, kalau terbabas, kalau tersilap dan salah, nak betulkan macam mana???

Jadi... kena belajar baca Quran jugak, kan? Lagipun, kenapa nak malas? Baca novel cinta 3-4 buah biji sehari kita mampu, kenapa baca 'buku cinta ALLAH' yang sebiji tu je pun kita tak mampu? Bukan tak mampu, tapi tak mahu. Kenapa?

Malaslahhh... tak reti baca. Tak kenal huruf. Kalau asyik tergagap-gagap, tersekat-sekat, nak baca satu perkataan pun berjam-jam nak mengenal. Nak rujuk sana-sini, belek buku tajwid tu, tajwid ni, semata-mata nak lepasi baca satu perkataan, huhhh... jenuh!

Haaa... jangan risau. Sini Sofia tunjukkan korang cara mudah baca Quran. Bukan setakat baca, malah dalam masa yang sama korang akan turut fahami setiap maksud ayat dan perkataan dalam Quran dengan sangat-sangatlah mudah. Maka dengan tu, barulah lepas ni nanti kalau orang state ayat yang bukan-bukan kat Facebook ke memana korang dah takkan terpedaya mudah-mudah lagi dah. Lepasni, insyaALLAH, 30 juzuk Al-Quran bakal ingat dalam kepala dan kekal dalam dada. InsyaALLAH, bekal bawak mati. Mati tu kan pasti. Dan bekalan mati tu, amal. Dan antara amal tu adalah, 30 juzuk Al-Quran yang kita baca semasa hidup di dunia ni. Dan 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran itulah yang sepatutnya kekal dalam dada kita dan jadi pedoman hidup kita sentiasa... InsyaALLAH.

Jadi untuk mengecapi semua tu, marilah kita sama-sama mula membaca Al-Quran. Tak pandai baca? Naa... gunalah Al-Quran Wassim atau Mumayyaz. Pilih je mana-mana satu yang korang rasa lagi mudah dan selesa.


Nak lagi mudah kenal tajwid, guna Al-Quran Mumayyaz. Ditandakan dengan 5 warna basic untuk setiap tajwid bagi memudahkan dan melancarkan pembacaan kita. Senang. Dah tak payah nak belek 3-4 biji buku tajwid lain masa tengah baca semata-mata nak kenali hukum tajwid itu, hukum tajwid ini.


Atau kalau rasa tak selesa dan terganggu dengan tajwid-tajwid bermacam-macam warna, boleh guna Al-Quran Wassim. Tajwid diwarnakan dengan 1 colour sahaja, merah. Ditandakan dengan kod-kod bernombor untuk rujukkan, mudah.

Tapi kalau Sofia sendiri, Sofia suka guna Al-Quran Mumayyaz. Sofia tak pro sangat dengan hukum tajwid. So bila ada 5 warna basic pada tanda-tanda dan huruf tajwid, rasa lebih memudahkan Sofia untuk kenal dan cam hukum tajwid. Rasa lebih selesa dan lancar pembacaan.

Al-Quran Almumayyaz & Alwasim ni Sofia ada jual dalam dua size. Size A4 dan A5. So senang la korang boleh pilih size yang macam mana yang korang suka dan selesa dengannya.

Dua-dua jenis Al-Quran ni, sama je keistimewaan dan kelebihannya:
  • 5 Huruf Tajwid Berwarna (Almumayyaz) / Tajwid Kod (Alwasim)
  • Khat Utsman Thaha
  • Tesaurus
  • Transliteri Per Kata (Standard Kemenag RI)
  • Terjemah Per Kata (Standard Kemenag RI)
  • Terjemah Per Ayat (Standard Kemenag RI
  • Asbabun Nuzul
  • Panduan Hukum Tajwid
  • Panduan Etika Membaca Al-Quran
  • Sejarah Pengumpulan Al-Quran
  • Indeks Doa dalam Al-Quran
  • Indeks Alfabetic
  • Wawasan Umum dalam Al-Quran.


So... kepada sesiapa yang berminat nak belajar baca Al-Quran atau nak lancarkan dan fasihkan lagi lidah membaca Al-Quran, jom cepat-cepat WhatsAppSofia 0199999597 untuk order Al-Quran Almumayyaz atau Al-Wasim yang mana yang korang suka. Jom!

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.