Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 8

Tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang
dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di
bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam
Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada
tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan.
Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca
tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kelebihan yang berikut:
● Khat Utsman Thaha (Standard Kemenag RI) - Adalah merupakan khat khaligrafi Arab yang terbaik
di antara jenis khat khaligrafi Arab yang lainnya, kerana bentuk hurufnya yang tegas dan
mudah dibezakan, serta mudah dan indah dibaca. Khat jenis ini digunakan
dalam sebahagian besar mushaf di Timur Tengah dan telah disesuaikan
dengan standard Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran, Kementerian Agama
Republik Indonesia.
● Tajwid Warna - Khat dilengkapi dengan lima warna yang berbeza dan
sesuai dengan hukum tajwid.
● Transliterasi Per Kata (Standard Kemenag RI) – Adalah bahasa Arab yang ditulis
dengan huruf rumi. Sangat sesuai untuk orang yang baru ingin mula
belajar Al-Quran. Jika anda tidak tahu huruf atau kata yang akan dibaca,
maka anda boleh melihat transliterasi. Kaedah ini sangat membantu untuk
meneruskan dan melancarkan pembacaan.
● Terjemah Per Kata (Standard Kemenag RI) - Membantu memahami kandungan
Al-Quran secara kalimah demi kalimah, kata demi kata, bahkan huruf demi
huruf.
● Terjemah Per Ayat (Standard Kemenag RI) – Membantu memahami pengertian setiap ayat.
● Tesaurus - Tesaurus adalah sebuah tafsir sinonim (dua kata atau lebih
yang memiliki arti yang sama). Tesaurus sering termasuk istilah ayat
terkait yang memiliki hal yang hampir sama.
● Asbabun Nuzul – Menjelaskan sebab-sebab penurunan suatu-suatu ayat secara terperinci.
● Etika Membaca Al-Quran.
● Indeks Doa dalam Al-Quran - Berisi rangkuman seluruh doa yang terdapat
di dalam Al-Qur’an.
● Indeks Alfabet - Indeks
dari seluruh tema yang dibahas di dalam
Al-Qur’an. Agar lebih mudah pencariannya, indeks ini disusun berdasarkan
urutan alfabet. Indeks alfabet ini sangat memudahkan pembaca untuk
mencari surah dan ayat yang diinginkan.
● Sejarah Kondifikasi (Pengumpulan) Al-Quran.
● Panduan Hukum Tajwid - Memuatkan pengetahuan berkaitan Tajwid yang
mudah dan praktis untuk dipraktikkan.
● Diluluskan oleh Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran
Kementerian Agama Republik Indonesia.
Now... You see? Ternyata sekarang dah
tak susah lagi dah nak baca dan fahami Al-Quran, kan? Dengan Al-Quran
Almumayyaz ni, on the spot! Belek saja cover, anda akan terus boleh baca
dan faham makna isi kandungan di dalamnya.
Bagi saya, setiap orang harus baca, khatam dan fahami tiap-tiap isi kandungan Al-Quran dengan baik. Baca Quran bukan bermakna kita jadi ustaz/ustazah. Bukan juga bermakna kita la orang yang paling alim dan warak. Tapi dengan baca Quran itu bermakna kita menjadi orang yang membina hidupnya dengan panduan yang betul. Agar sentiasa menuju ke arah dan jalan yang betul. Dan agar, apabila hidup kita ini bertemu titik nokhtah, kita berada di titik nokhtah yang betul. Get it?
So, now... sekarang ni, kita dah jumpa dah cara yang
sangat-sangat la mudah untuk baca Quran, which mean, buku panduan hidup setiap umat manusia. So takkan la masih lagi nak bagi alasan kita tak faham bahasa Arab, sebab tu malas baca? Sebab tak faham makna? Takkan juga lagi nak bagi alasan sebab Al-Quran is in Arabic, tak reti baca? Susah nak sebut? Oh, no! Untuk semua masalah tu, bukak je cover Almumayyaz, confirm settle! Tak reti nak baca? Tak reti nak sebut sebab ia bahasa Arab? Di dalam Almumayyaz ini ada transliterasi perkata, iaitu perkataan rumi di bawah setiap perkataan Arab. Masalah tak faham makna? Lahai... kalau tak faham terjemahan per ayat yang ada kat tepi setiap halaman muka surat, dekat bawah setiap perkataan dalam Al-Quran Almumayyaz ni pun ada lengkap maknanya. Word by word tau. Siap sempat boleh belajar bahasa Arab sambil baca Quran lagi tu. So, tak cukup mudah lagi ke ni?
Oh kenapa beria sangat saya suruh orang beli Almumayyaz dan baca Quran? Satu je sebab sebenarnya. Sebab saya nak semua orang boleh didik diri sendiri menjadi orang yang patut dijadi, dan boleh bimbing sendiri ke arah tujuan yang sepatutnya dituju.
Sebenarnya, kita tak perlu langsung menyalahkan orang sekeliling kita untuk apa yang kita dah jadi hari ni. Kita bukan lagi anak kecil yang tak tahu membezakan mana baik, mana buruk. Kita berhak dan tahu menentukan hidup kita sendiri!
Sebab tu kita kena baca Quran. Supaya kita lebih bijak membezakan mana baik dan mana buruk. Dan tahu memilih apa yang patut kita pilih. Quran itu panduan hidup kita. Dan
Quranlah sebaik-baik kamus hidup yang paling hebat yang wajib kita
rujuki. Orang yang hidup tanpa berpandukan pada Al-Quran, percayalah,
hidupnya tak tenang. Tak stabil. Loser.
Kenapa?
Sebab dia tak ada petunjuk arah hidup yang betul.
Bila kita lupakan petunjuk, bila kita tak ada panduan hidup, maka arah tujuan hidup kita akan
jadi lagha dan tak betul jalan. Entah ke mana tujuan, dan kita pula akan
hanyut menjadi orang yang selalu merasa serba tak kena dengan hidup.
Maka
milikilah naskah Almumayyaz anda sendiri hari ni jika anda benar-benar mahu mendekati Al-Quran. InsyaALLAH dengan
niat yang betul dan ikhlas, anda pasti akan merasai bertapa indahnya
Al-Quran. Belajarlah dan bacalah Al-Quran dari sekarang. Janganlah
tunggu sampai dah masuk kubur baru menyesal. Masa tu nanti dah takde
guna dah. Terlambat dah.
So, berikut di bawah ini adalah harga setiap naskah Al-Quran Almumayyaz yang Sofia jual...
PROMOSI 2ND RESTOCK!
Size A5 (kecil)
RM60
*normal price RM85
(Postage: RM7 SM / RM11 SS)
Size A4 (besar)
RM80
*normal price RM100
(Postage: RM10 SM / RM16 SS)
*promosi tertakluk kepada stok.
Stok adalah sangat terhad. If betul-betul berminat nak order, please direct WhatsApp Sofia k?
+6019-999 9597
More photo and detail Al-Quran Almumayyaz, klik/tap link hashtag instagram di bawah...
Also find us here:
Facebook: www.facebook.com/violetsofiacollection
Comments
Post a Comment