Skip to main content

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar


"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"

"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"

"Lain. Ada subtitle."

"Quran ada terjemahan, kan?"


Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.

Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?

Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.

Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kelebihan yang berikut:

● Khat Utsman Thaha (Standard Kemenag RI)
● Tajwid Warna
● Transliterasi Per Kata (Standard Kemenag RI)
● Terjemah Per Kata (Standard Kemenag RI)
● Terjemah Per Ayat (Standard Kemenag RI)
● Tesaurus
● Asbabun Nuzul
● Etika Membaca Al-Quran
● Indeks Doa dalam Al-Quran
● Indeks Alfabet
● Sejarah Pengumpulan Al-Quran
● Panduan Hukum Tajwid


● Khat Utsman Thaha (Standard Kemenag RI) - Adalah merupakan khat khaligrafi Arab yang terbaik di antara jenis khat khaligrafi Arab yang lainnya, kerana bentuk hurufnya yang tegas dan mudah dibezakan, serta mudah dan indah dibaca. Khat jenis ini digunakan dalam sebahagian besar mushaf di Timur Tengah dan telah disesuaikan dengan standard Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran, Kementerian Agama Republik Indonesia.


● Tajwid Warna - Khat dilengkapi dengan lima warna yang berbeza dan sesuai dengan hukum tajwid. Merah, magenta, cyan, hijau, dan biru. Lima warna yang mudah diingat, berdasar penelitian Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran Kementerian Agama RI.


● Transliterasi Per Kata (Standard Kemenag RI) – Adalah bahasa Arab yang ditulis dengan huruf rumi. Sangat sesuai untuk orang yang baru ingin mula belajar Al-Quran. Jika anda tidak tahu huruf atau kata yang akan dibaca, maka anda boleh melihat transliterasi. Kaedah ini sangat membantu untuk meneruskan dan melancarkan pembacaan.


● Terjemah Per Kata (Standard Kemenag RI) - Membantu memahami kandungan Al-Quran secara kalimah demi kalimah, kata demi kata, bahkan huruf demi huruf. Memenuhi terjemah standart Kementrian Agama Republik Indonesia. Semoga kaedah ini  dapat mempermudahkan anda dalam memahami pesan Allah S.W.T. kepada kita melalui kalamNya.


● Terjemah Per Ayat (Standard Kemenag RI) – Membantu memahami pengertian setiap ayat.


● Tesaurus - Tesaurus adalah sebuah tafsir sinonim (dua kata atau lebih yang memiliki arti yang sama). Tesaurus sering termasuk istilah ayat terkait yang memiliki hal yang hampir sama.


● Asbabun Nuzul – Menjelaskan sebab-sebab penurunan suatu-suatu ayat secara terperinci.


● Etika Membaca Al-Quran - Untuk mendapatkan pahala yang maksimal dan berlipat-lipat, seseorang yang membaca Al-Qur’an sebaiknya memerhatikan etika membaca Al-Qur’an. Etika tersebut seperti membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci dari hadas, memulai dengan isti’azah, membaca dengan tartil dan menjaga kaedah tajwid, membaguskan suara, menghadap kiblat, serta etika-etika lainnya yang disebutkan dalam Mushaf Almumayyaz ini.


● Indeks Doa dalam Al-Quran - Berisi rangkuman seluruh doa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Baik doa Para Nabi S.A.W. / A.S., doa Para Malaikat A.S., maupun doa yang lainnya, seperti doa memohon petunjuk, doa memohon perlindungan, dan doa memohon kemudahan. Disusun berdasarkan urutan Juz, mulai Juz 1 hingga Juz 30.


● Indeks Alfabet - Indeks dari seluruh tema yang dibahas di dalam Al-Qur’an. Agar lebih mudah pencariannya, indeks ini disusun berdasarkan urutan alfabet. Indeks alfabet ini sangat memudahkan pembaca untuk mencari surah dan ayat yang diinginkan. Pembaca tidak perlu membuka halaman demi halaman, atau menelusuri ayat demi ayat, contohnya, surah apa dan ayat nombor berapa saja yang berhubungan dengan tema yang sedang dicarinya. Dalam indeks alfabet ini sudah dicantumkan dengan lengkap nama surah dan nombor ayatnya atas setiap tema yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Misalnya, tema tentang air. Pembaca dapat menemuinya dalam 47:15 (surah ke-47 [Muhammad], ayat ke-15) 56:31, 56:68, 67:30, 77:27, dan 88:17.


● Sejarah Kondifikasi (Pengumpulan) Al-Quran - Al-Quran tidak turun 30 Juzuk sekaligus, tetapi turun secara gradual: per beberapa ayat, selama lingkungan masa lebih kurang 23 tahun. Mushaf 30 Juz yang berada di tengah-tengah kita telah melalui perjalanan panjang dalam pengodifikasiannya. Pada zaman Rasulullah S.A.W., pengumpulan Al-Qur’an melalui batu, pelepah kurma, dan sejenisnya, sebagai pengganti kertas yang belum terdapat ketika itu, sedangkan penulisannya belum dilengkapi dengan titik, harakat, dan tanda baca lainnya seperti sekarang. Sejarah Kodifikasi Al-Qur’an ini menggambarkan bagaimana Al-Qur’an dikodifikasikan mulai zaman Rasulullah S.A.W., Para Sahabat R.A. / R.A.H., Tabi’in R.A. hinggalah ke saat ini, dengan kondisi yang terjaga nilai keaslian dan intristiknya, sebagaimana ALLAH SWT telah menjamin hal itu, “Sesungguhnya KAMI lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan pasti KAMI (pula) yang memeliharanya.” (QS. Al-Hijr [15]: 9).


● Panduan Hukum Tajwid - Memuatkan pengetahuan berkaitan Tajwid yang mudah dan praktis untuk dipraktikkan. Meliputi pengetahuan tentang nun sukun dan tanwin, mim sukun, nun dan mim tasydid, lafal jalalah, lam ta’rif, qalqalah, mad, tanda waqaf, dan ayat sajdah. Juga dilengkapi dengan keterangan dan bacaan-bacaan garib (tidak umum) seperti saktah, isymam, imalah, tashil, nun wiqayah, naql, sifrul mustadir, dan sifrul mustatilil qa`im.


Dan terakhir sekali, untuk pengetahuan semua, Al-Quran Almumayyaz ini telah ditashihkan dan diluluskan oleh Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran Kementerian Agama Republik Indonesia. Jadi tak perlu curiga atau ragu-ragu lagi dengan isi kandungan mushaf Al-Mumayyaz ini kerana ia telahpun diperiksa dengan teliti.


Ciri-ciri fizikalnya pula, ada tali reben penanda di dalam al-Quran ini yang memudahkan untuk menanda muka surat bacaan. Pasti sangat berguna dan memudahkan anda.


Begini caranya Al-Quran Almumayyaz akan dibungkuskan sebelum dimasukkan ke dalam sampul untuk diposkan. Ini adalah supaya Al-Quran Almumayyaz boleh sampai ke tangan penerima dalam keadaan baik dan selamat.

Dannn... janganlah risau. Cara pengendalian penghantaran Al-Quran Almumayyaz kepada para pelanggan akan diuruskan dengan baik oleh pihak Pos Laju. Tidak kira anda di Semenanjung Malaysia, mahupun Sabah atau Sarawak, jangan risau. Orang kat pejabat pos takkan main baling-baling parcel berisi Al-Quran sebab pada luaran bungkusan dah ada label yang menerangkan bahawa bungkusan itu mengandungi Al-Quran atau bahan bacaan agama atau sekian-sekian yang mereka kena kendalikan dengan baik. Just trust me. =)


Size Tersedia: A5 (Kecil) & A4 (Besar)


PROMOSI 2ND RESTOCK!

Size A5 (kecil)
RM60
*normal price RM85
(Postage: RM7 SM / RM11 SS)

Size A4 (besar) 
RM80
*normal price RM100
(Postage: RM10 SM / RM16 SS)

*promosi tertakluk kepada stok.

Stok Almumayyaz kali ni sangat terhad. If betul-betul berminat nak order, please direct WhatsApp Sofia k?
+6019-999 9597

Also find us here:

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.