Skip to main content

Bahasa Panggilan Untuk Customer Online

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 7


Susah nak puaskan hati semua orang, kan? Post ni dah jadi viral dah kat laman sosial facebook. Facebook jelah yang saya tahu takat hari ni. Laman sosial lain saya tak tau. Sebab saya hanya 'layan' 3 jenis laman sosial ni je - Facebook, Instagram & Blog. Lain, saya tak reti. Tak reti lagi la untuk hari ni. Esok-esok tak tau la. Hehe...

Dan saya, bukanlah berniat nak viralkan 'benda' ni pun. (Ah, well... cakaplah apa pun, bukan orang tau isi hati kita pun, kan? Hahaha. Biarlah. Tak kisah pun.) Cuma bila menyentuh tentang panggilan terhadap customer ni, terus saya sendiri turut rasa nak meluahkan perasaan dan pendapat. Untung-untung mana-mana customer yang pernah menghubungi atau akan menghubungi saya selepas ini bila dah terbaca entry saya kali ni boleh lebih faham sikap dan cara layanan saya terhadap mereka, rite? InsyaAllah... =)

Dan, secara jujurnya saya sendiri pun sebelum ni selalu keliru dan kebingungan tak tau nak membahasakan customers saya dengan panggilan yang macam mana.

Jadi, cara paling mudah, kita ikut jelah logik fikiran kita. Iaitu pilih cara yang paling habis baik yang diri kita boleh buat. Kalau saya... Ya, saya pun selalu membahasakan customer-customer saya dengan panggilan 'sis' atau 'bos'. Tujuan?

1 - Sebab saya tak tau siapa gerangan sebenar orang yang menghubungi saya tu. Entah lelaki, entah perempuan.

2 - Sebagai menghormati si customer. Entah orang yang di sana tua ke muda pun tak tau. Takkan kita nak interview dia dulu kut, kan? Kita ni nak jual barang, bukan nak temuramah orang. 'Cakap' banyak-banyak kang... nanti customer 'lari' pulak. Dahhh rugi saja. So ramah tu kena berpada-pada la. Bukan semua orang suka 'cakap' banyak, kan?

3 - Sesuaikan dengan semua golongan umur. Jenis golongan muda-muda ni biasa tak suka formal-formal sangat. 'Luga' (geli-geleman), kekok katanya. Biasa-biasa sudah. Jenis golongan dewasa dan tua-tua pulak, sensitif betul kalau orang ber'cakap' main aci redah je. Lebih suka tutur bahasa yang sopan-sopan. Jadi, mengikut logik fikiran saya sendiri, dengan panggilan 'sis' atau 'bos', itu lebih sesuai utk pelbagai golongan.

4 - Tak boleh la nak ber'awak-saya' sangat. Entah customer tu boyfriend orang ke... tunang orang... suami orang ke... buatnya girlfriend/tunang/isteri dia terbaca wassap/pm kita dengan boyfriend/tunang/suami dia dan fikir bukan-bukan, tak ke itu menimbulkan masalah dan fitnah?

Mesra biar berpada. Sombong pun biar berpada. Nak puaskan hati semua orang, of course sampai kiamat pun kita takkan mampu. Biarlah orang nak kompelin apa pun. Tapi kita, kita kenali diri kita sendiri dengan baik, dan jadikanlah diri kita dengan sikap yang baik yang sehabis baik yang kita boleh jadi. Quran dan sunnah sentiasa jadikan panduan dan pedoman. Sampai kiamat. Sekian, itu saja. ^_~

Comments

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Let's Join Hikayat Violet Sofia Giveaway

So this is the banner untuk giveaway kali ni. Assalamu'alaikum and greetings to all...

Banner Blog Hikayat Violet Sofia

Tadaaa....! Amacam? Okey tak? Hahaha. Gasaklah....