Skip to main content

Posts

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

I Am A Writer... And I Love It.

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.

Sekapur Sireh | Violet Sofia...

da pica is just a sekadar hiasan yang mintak pinjam from mr. google jugak actually ni. ngee... =) Saya...  jenis yang tak berapa reti nak bercakap bersembang ngan orang.  Bukan sombong, cuma kadang-kadang takut nak terlalu banyak bercakap.  Takut kalau orang tak suka kita bercakap ke...  atau kalau ada kata-kata kita menyinggung perasaan orang ke...  Y'know, selalu terjadi biasanya kita cakap benda yang kita tak nak cakap pun.  Maka...  sebab tu saya lagi suka menulis.  Menulis bagi saya ruang dan masa untuk berfikir terlebih dahulu sebelum luah keluar.  Bagi saya menulis tu adalah bahasa yang bisu.  Tak bising, tapi bersuara.  Tak dapat didengari, tapi mudah difahami.  Jadi sebab tu, saya sangat berterima kasih pada semua yang dah sudi singgah, baca dan follow blog yang tak seberapa saya ni.   Oh. Dan termasuk jugak untuk blog-blog saya yang lain. Komawo! =)

Subhanallah... Cantik, Kan?

Selepas Subuh semalam di Kampung Lubuk Kawah, Jertih. Actually...nak pergi depan lagi untuk dapatkan angel yang lagi best, tapi semua takut nak pijak rumput sebab takut ada pacat, so semua stay atas tanah batu je, dan sudahnye dapatlah angel yang macam ni jer... tapi puas hati dah kan? Memang cantik!

Better Pernah Dari Tak Pernah

Kehidupan selepas mati tu patutnya anggap macam 'berehat' sementara tunggu hari perhitungan. Sedangkan waktu hidup di dunia ni adalah peluang-peluang dan ruang-ruang untuk kumpulkan bekalan untuk tempuhi perjalanan yang panjang nanti, jadi kenapa kita mesti lebih suka berehat dan bersenang-senang di dunia? Kenapa bukan buat diri penat sikit di dunia untuk supaya selepas mati nanti dapat berehat? Hidup ni ada terlalu banyak peluang yang sebenarnya kita tak menang tangan nak grab semua pun. Macam kejar bubble di udara. Kalau kita bangun dan berkejar, mesti dapat pecahkan beberapa darinya. Tapi kalau diam dan tengok je, ia akan semakin menjauh dan akhirnya dipecahkan sendiri oleh angin je. Peluang tu sebenarnya tak pernah tak ada. Tapi kita ni je yang tak nak manfaatkan peluang yang ada. Baiklah. Kita pernah merasa terkilan tak dapat buat sesuatu masa dalam cerita-cerita terdahulu dalam hidup kita. Pernah kecewa ditinggalkan. Pernah sedih kehilangan. Dan hingg...

Jangan Patah Semangat

Luruskan niat! Luruskan niat! Jangan putus asa! Semua orang bermula dari 'zero' what? So takde istilah bagus atau hebat untuk orang yang baru nak bermula. Jangan putus asa! Kawal emosi! Jaga hati! Jangan peduli orang bila tak nampak pun perlunya untuk dipedulikan. Jaga pendirian, jangan pernah berubah! Pastikan hidup bertambah ke arah kebaikkan! Berusaha! Jangan putus asa! Apa yang dirancang, walaupun tak terjadi hari ni, mesti ada kebaikkannya di kemudian hari nanti. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita! Dan apa yang terjadi hari ni, walaupun tak seperti yang diharapkan, kena yakin itu pengalaman hidup yang tak boleh miss. Sebab kalau terlepas pandang, esok kemudian hari bila berhadapan lagi dengan masalah yang sama, confirm tak reti nak hadapi. Biarlah mereka dah jadi macam mana pun, kita-kita, dia-dia. Sebab ALLAH lagi tahu apa yang lebih bagus untuk kita jadi! Ayuh Sofia... Tak boleh! Tak boleh! Jangan patah semangat! #Mood: Membakar semangat ...