Skip to main content

Posts

Rasa Bersalah | Maafkan Saya...

Assalamu'alaikum. Hai! Weh! *muka terkejut*   Apa ni? Apa ni??? Ngaaa... Habuk??? Sawang??? *cuak* Hurppp... *terus sedut angin* Fuhh! Fuhh! Fuhhh....!!!! *tiup habuk dengan penuh perasaan* Ceh! Tiup habuk la aku kononnn... Tapi hapeee... Dengan air-air lioq sekali tersembur keluar. Agagaga... *gelak berguling-guling atas lantai sambil tekan-tekan perut.* Hahaha... Okay. Okay. Serius. Serius. Woahhh... Lama gila tak update blog ni, kan? Wuwuwu... sorry sesangat. Disebabkan tak update blog, stats blog pun dah malas nak tengok dah sekarang. Ingatkan bila takde update, mesti makin kurang la visitor. Dan bila tengok jumlah kedatangan visitor dah kurang, hati pun rasa tak seronok. Well, sebab tu la kita malas nak check traffic. Tapi silap rupanya. Hari ni, bila tengok traffic blog, baru sedar yang rupanya walaupun blog ni dah lama tak update, tapi masih lagi ada pengunjung rupanya. Kut puluh-puluh je, tak la terkejut sangat. Tapi bila tengok jumlah visitor macam maintain...

Penat...

  Adakalanya terasa sangat bertapa hidup tu terlalu memeritkan. Sakitnya, pedihnya, benar-benar terasa melumpuhkan semangat. Adakalanya terasa sangat tak adil, tapi tak tahu nak letakkan salah tu pada siapa. Cuba letakkan je semua salah tu pada diri sendiri supaya hati tak membenci sesiapa, tapi kenapa tetap terasa macam diri orang yang bersembunyi di balik pintu walaupun pintu tu dah terbuka? Dan adakalanya terasa sangat bila dah jatuh tu nak give up tak nak bangun dah. Sebab dah malas, dah penat. Tapi, tetap bangun jugak walaupun waktu tu hati dah macam nyawa-nyawa ikan je. Kenapa? Entah. Mungkin sebab nyawa tu masih hidup dalam jasad dan kaki masih boleh berdiri, dan di depan masih nampak jalan, sebab tu kut kaki terus melangkah juga? Sebab agak mungkin akan jumpa sesuatu di depan lagi? Bagaikan on cue, gitu? Yelah kut. Tapi sungguh,  peritnya hidup... Dan sungguh la, sakit tu memang tak boleh nak cerita pada sesiapa. Hanya boleh diam dengan hati je yang berkata-k...

10 Simple Rules Of Happy Life

Perspektif Jodoh

Dush! Terkena atas batang hidung sendiri. Ngeee... Betul la... akui sesangat semua tu (rujuk gambar di atas). Tanggapan aku tentang jodoh selama ni memang ada banyak silap. Harus muhasabah diri balik, dan perbetulkan balik perspektif aku tentang jodoh. Aite!

Masa Untuk Give Up

Kalau dulu... Selagi boleh baiki, aku akan baiki. Selagi boleh bentuk, boleh ubah, aku akan bentuk, aku akan ubah. Selagi boleh nasihat, aku akan nasihat. Asal selagi peluang tu masih nampak di mata aku, aku akan usaha buat segalanya jadi baik dan terbaik. Tapi sekarang... Aku dah tak boleh jadi sekuat tu dah. Rasa tak mampu dah nak jadi sehebat yang dulu diri rasa wajib kena jadi. Sekarang betul-betul rasa dah give up. Orang yang berputus asa memang takkan berjaya. Dan sebab aku dah tak nak kejar kejayaan tu la aku sanggup putus asa. Bila mereka dah tinggalkan luka yang maha dalam dan sakit tu dalam hati aku, seriously, aku betul-betul rasa tak boleh nak bangkit dah untuk mereka. Bukan membenci. Cuma aku terlalu terluka. Aku cuba biarkan masa menyembuhkan segala, merubah segala, menjadikan aku lebih baik, lebih pulih, tapi... tak. Tak ada yang jadi makin baik. Luka tu masih terasa sakitnya hingga ke hari ni. Masih buat aku menangis hingga ke hari ni. Masih buat aku trauma kerana...

Penggunaan Alkohol Semasa Solat

gambar ihsan en. google.  ^_~  Ramai yang ragu-ragu pasal alkohol ni. Ustaz-ustazah masa sekolah-sekolah dulu pun pernah pesan jugak perfume atau make up yang mengandungi alkohol tak boleh dibawa solat. Ma dengan abah pun pesan camtu jugak. Hmn... memang laa... Bende-bende macam ni la yang banyak menimbulkan keraguan kita dalam beribadah sebenarnya, kan? Padehal tanpa kita sedari sebenarnya semua tu hal yang remeh dan ringan je. Tapi disebabkan ragu-ragu, kita merasakannya terlalu berat dan susah. Including me jugak la tu. Dan percaya tak, disebabkan tak tahu dan ragu-ragu, ramai je yang tinggalkan kewajipan solat tu sebab malas nak cuci make-up atau tukar pakaian yang dah terkena alkohol? Orait. Tadi masa duk google-google, secara tak sengaja terklik la ke e-fatwa.gov... lepas tu terjumpalah pasal penggunaan alkohol ni.... Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970   Keputusan:  Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digun...

Kalau Memang Jodoh | Cerpen Jadi Mini Novel

Assalamu'alaikum and greeting to all... Hye! Ada pengumuman, dan ini penting . Penting bagi semua peminat dan pembaca setia KALAU MEMANG JODOH . Kalau sebelum ni cerita tu adalah dalam kategori cerpen , now nak umumkan yang saya secara tak sengaja telah ubah kategori tu jadi mini novel . Hahak! Mahu tak kena ubah. Cerita tu dah jadi panjang dan meleret-leret dah kut.... see? Saya memang tak reti tulis cerpen kan? Betul la... memang kena berguru la saya ni. Haishh... Bila melihat di Ms. Word pagenya dah jadi macam ni: Hehehe... So makanya, kita kena panggil dia novel dah, kan? Cadangnya nak bukukan cerita ni jadi mini novel dan cuba terbit sendiri. Kalau dengan status mini novel, so tempoh penggarapannya takdelah lama sangat, kan? Taktau lagi la tu jadi tak. Lagipun sekarang dah nak start sibuk balik dah. Kalau tak jadi, saya mungkin habiskan publish di blog je. Tapi kalau jadi, maka jadilah. Hahaha. Tapi ada yang nak beli ke? Takpe, kita buat research elok-el...