Skip to main content

Please, Tak Mahu Dilukai & Tak Mahu Melukai!



Dipendam sakit, diluahkan pun sakit. Dan bila diri ni dah melukakan hati insan lain, sungguh la rasa macam nak lepaskan segala-galanya dan lari jauh-jauh. Walaupun tak nampak di mata zahir, tapi saya tahu hakikatnya dalam hati dia menangis. Dia terluka. Dia tersinggung. Sesiapa pun bila hati dan perasaannya dilukai, pasti rasa sedih, kan? Dan sekarang saya tengah gelisah sendiri sebab takut, risau, dan tak tahu sedalam manakah saya dah melukakan hatinya. Betul ke saya dah melukakannya, atau sebenarnya dia tak apa-apa? Urgh! I hate this feeling. Rasanya sungguh teruk!

Tapi… takkan fikirkan pasal orang je?

Hati saya yang dah menangis ni, dia tahu ke? Dia faham ke?


Kalau dia faham, dia mesti takkan lukakan saya seteruk tu, kan? Dan kalau faham, dia tentu faham bilamana saya bersikap macam ni. Sebab saya cuma nak balas balik. Saya cuma nak orang rasa balik apa yang orang buat kat saya tu macam mana rasanya bila kena sendiri pada diri dia. Bukan setiap masa saya boleh pasrah-redha je bersabar walau orang buat apa pun pada diri saya. Bukan setiap masa saya rela bersabar. Ada masa-masanya saya kena jugak melawan balik supaya orang tak terus-terusan ‘memijak’ saya. Supaya orang sedar yang dalam diri saya ni ada hati dan perasaan yang nak jugak dijaga macam mereka punya. Tapi… kenapa orang hanya tahu melukakan orang lain je, tapi tak nak tanggung akibat perbuatannya tu? Tak adil la, kan? Sanggup buat, sanggup tanggung la, kan? Kata kena jadi orang yang bertanggungjawab? Takkan pandai cakap je?

Hidup ni memang rangkaian perjuangan yang complicated dan susah untuk dipelajari, kan? Saya tak nak dilukai dan tak nak juga melukai sesiapa. Dua-dua pun rasa sakit! Dua-dua pun buat hidup ni rasa resah-kalut-cuak-tak menentu. Tapi… orang tak faham. Orang tak faham bertapa takutnya saya untuk rasa terluka. Dan orang tak faham bertapa takutnya saya untuk melukakan hati dan perasaan orang. Orang ingat bila buat apa-apa kat saya pun, saya tak balas balik. Saya diam. Saya baik. Silap… setiap manusia, sekuat manapun sabarnya, tetap ada limit jugak.


Ya Allah... penatlah. Bila nak jumpa 'tempat' rehat ni…? Aku bukan mengeluh. Bukan merungut. Bukan merintih. Cuma mengadu. Meluahkan apa yang terasa dan terpendam jauh dalam lubuk hati ni padaMu Yang Maha Kuasa…

Dan niat tu, bukan nak rehat selama-lamanya pun. Sebab memanglah tahu hidup ni kan pentas ujian dan cuma persinggahan? Tapi bila lelah sehari-harian menghadapi ujian dan dugaan, nak jugak ada tempat untuk break kejap. Untuk ambik nafas sekejap. Untuk sembuhkan balik mana-mana pada bahagian diri yang terluka. Dan yang sebenarnya, cuma nakkan ruang untuk berehat dan mempersiapkan diri semula je. Tak larat la asyik kena uji non-stop je macam ni. Kalut hidup!

Tapi bila…? Bila nak sampai masa tu…? Bila nak jumpa masa tu…? Dah berusaha sungguh-sungguh dah ni, dah sabar banyak-banyak dah ni, tapi tak jugak dapatnya? Payah ke? Atau memang sebenarnya tak boleh untuk aku? Atau… memang ruang tu takde? Tapi… ALLAH kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mesti ada kan? Mesti akan ada masa untuk berehat sepertimana yang kita impikan tu, kan?

Tapi… Kan ALLAH Maha Mengetahui?

Oh. Pujuk diri, Sofia. Pujuk diri!


Mungkin memang tak jumpa lagi masa tu, tapi mesti ade la tu… kan? Dia lagi tahu bila Dia nak bagi masa tu pada kita. Dia lagi tahu bila masa yang sesuai. Mudah-mudahan, akan dapat juga ‘masa rehat’ tu nanti. InsyaALLAH… Aamiin…


Comments

  1. air mata seorang lelaki tu kan, tumpah dalam keadaan yg cukup emosi.. sama ada sedih.. mahupun gembira... natijahnya, once kamu dah menjadi penyebab tumpahnya air mata lelaki tu, tak salah kamu minta maaf seikhlasnya... bagi dia ruang, bagi dia masa.. at least, bila dia cool, dia akan sedar.. oh... awak tak berniat rupanya...

    situasi saya sekarang begitu... sedang luka... dalam luka tu.. tapi sy jenis, memandang luka tu dari sudut pandang yg berbeza... tangis sy di depan allah.. adu segalanya pada allah.... menangis lah sepuasnya... tak salah pun.. depan allah... allah faham apa kita rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki? ni bukan pasal lelaki la... ni perempuan. dan sebab dia perempuan la saya expect di menangis. hati perempuan kan... well, y'know... kalau lelaki, tak risau la pulak. lelaki kan kuat?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.