Skip to main content

Kelicikan Iblis | Promotion Time




Saya ada terbaca satu perkongsian ni kat Facebook tadi… Satu perkongsian yang buat saya rasa… lebih insaf? Yeah, of course! Ceritanya memang bunyi macam lawak mula-mula, tapi… kalau kita renung-renungkan, memang buat diri terasa makin kesedaran. Memang buat terasa macam lebih nak berjaga-jaga dalam melayari kehidupan. Kira senang cerita, lagi terasa nak buat more preparation menghadapi kehidupan selepas mati gitu la… Dan untuk kebaikkan bersama, saya kongsikan pulak bende tu kat sini. Dengan harapan, sama-sama boleh mendapat manfaat darinya.

Well, begini kisahnya…

Seorang penjahat ditembak polis dan koma. Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke Neraka. Tapi bila sampai Neraka, dia terkejut sebab tengok kat Neraka orang sibuk berdisco, berkaraoke, minum arak, berjudi, banyak perempuan seksi-mesi, dan macam-macam lagi *kira kononnya tak macam apa yang dia selalu duk dengar pasal neraka masa hidup kat dunia la tu, kan?*. Melihat bertapa nikmatnya Neraka tu, terus dia pun cepat-cepat nak masuk dalam. Namun langkahnya terhenti, ditahan.
"Tunggu dulu! Waktu kau belum tiba.” Iblis penjaga pintu menahan. “Kembalilah semula ke dunia. Buatlah yang lebih jahat lagi, maka lepas tu kau pasti akan masuk neraka." Kata Iblis tu berpesan.
Akhirnya bila penjahat tu sedar semula dari koma, dia pun berbuat lebih kejahatan. Dan  akhirnya dia ditembak mati *ceh! Mati dalam kejahatan rupanya dia!*.
Lepas tu, Iblis pun dengan segera hantar dia ke Neraka. Tapi bila sampai Neraka, penjahat tu terkejut sebab tengok dalam Neraka ada banyak api, bau hamis darah, banyak binatang berbisa dan banyak teriakan meminta pertolongan.
"Aikkk.. Dulu masa aku datang, Neraka ni tak macam ni." Jadi bingung dan ketakutan penjahat tu.
"Oh, time tu promosi bro...” Iblis selamba berkata dengan senyuman.
Ceh! Betul la… Iblis memang kaki auta. Ikut cara mana pun dia memang akan usaha jugak  nak sesatkan golongan anak-anak Adam ni supaya ikut dia ke Neraka. See? Bende yang mula-mula penjahat tu tengok, hanyalah tipu helah, kan? Maka akhirnya menderitalah penjahat tu dalam Neraka jahanam sebab sebagai balasan kejahatan dia. Buat jahat mesti dapat balasan jahatlah, kan?

Maka nasihat Kubur: 

  1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap. Maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit. Maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.
  3. Aku adalah tempat yang paling sepi. Maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR'AN.
  4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan. Maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.
  5. Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat. Maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
  6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit. Maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
  7. Aku adalah Munkar & Nakir yang akan bertanya. Maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"…


P/s: Bila sesuatu perkara tu bermanfaat dan boleh mendatangkan kebaikkan, maka sebarkanlah agar kebaikkan itu berleluasan dan kita mendapat manfaat darinya bersama. Perkara yang baik, datang dari niat dan perbuatan yang baik. Entry ni diizinkan share tanpa perlu mintak izin terlebih dahulu. Thank you sudi baca. Have a nice day! ^_^




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.