Skip to main content

Coretan Tengah Malam | Ma


Sayu hati setiap kali pandang wajah ma. Kasihan ma. Kalaulah saya mampu, tak nak dah tengok ma bekerja.

Walaupun saya pernah ikut dan tolong ma cari rezeki dari kecik lagi... pernah bangun awal-awal pagi sebelum subuh lagi tolong ma buat kuih... temankan ma pergi letak kuih kat kedai-kedai orang kampung... jalan tergedek-gedek ikut belakang ma sambil kelek bakul kuih dengan beg sekolah kat belakang (Hahaha. Bapok awal aku turun nak pergi sekolah weh!). Lepastu pernah tolong ma kutip scrub getah (macam mana eja and nak sebut benda tu sebenarnya ek? ah! korang mesti paham punya!) walaupun padehal kerja sebaik sampai kebun getah dan turun dari motor asyik duk berlari keliling kebun getah je memanjang sambil stop kat setiap pokok dengan buat larian setempat sebab takut kena pacat, hahaha... tapi saya buat jugak. Sebab tak sanggup biarkan ma sorang-sorang kat kebun. Dahlah kebun getah pun dah macam dalam hutan amazon! Kalau tak sebab ma, sumpah aku tanak pergi! Sebab kalau tak pergi, kat rumah nanti mesti akan terfikir-fikir sorang-sorang. Kebun getah tu dahlah luas lebih 6 ekar. Ma nak kena kutip scrub getah sorang-sorang? Nak seret guni or kereta sorong tu naik turun bukit sorang-sorang? Pukul berapa dia nak siap? Sampai semua orang-orang kebun lain dah balik pun dia confirm tak siap lagi. Dahlah ma sakit lutut. Kesiannya... Lepastu, suka tak suka, demi ma, walaupun kadang tu penat balik dari sekolah... ataupun kadang tu ponteng terus sekolah, janji dapat tolong ma. Ceh! Sedih weh cerita benda ni. Hahaha... Tapi nak cerita jugak. Walaupun korang mungkin tak kenal siapa ma. But i want korang kenal her by this story. Dan walaupun saya bukanlah good storyteller (betul ke ejaan ni? hahaha... lantak pi!). Saya selalu terbayang macam mana kalau masa ma sorang-sorang kat kebun ada binatang buas hampiri dia? Especially 'pak belang'. Masa tu memang selalu kecoh orang yang kebun-kebun kat situ jumpa binantang tu. Ma sendiri pun pernah terserempak sekali-dua masa on the balik. Tapi yang tu harimau bintang je pun. Hahaha. Tapi walaupun harimau bintang je, still buatkan hati rasa tak tenang nak biarkan dia sorang-sorang kat kebun tu. Sebab malang tu tak berbau, kan? Dan akhirnya walaupun penat, walaupun letih, walaupun rasa tak larat macam manapun, saya gagahkan juga diri untuk teman dan tolong dia pergi kebun.

Perit! Perit sangat apa yang kami lalui dulu. Tak cukup dengan cerita ni nak gambarkan keperitan kami masa dulu. Dan orang kampung mungkin masih tak lupa macam mana 'rumah' kami dulu, rite? Malu nak cerita. But itulah kami.

Dan iyee.... i know ada orang yang lebih muda dari saya lagi dah pernah rasa hidup susah. Especially Wan Zunaizah & Mime Wafie la sebagai contohnya. I know them sejak umur 8 tahun lagi. Dan saya menganggumi mereka sejak dari kecil. Especially bab masak-masak and mengaji quran. Si kembar berdua ni memang pandai betul. Dorang masa umur 6 tahun dah pandai masak gulai lemak-pedas-manis segala bagai tau. Siap buat bekal pergi sekolah lagi. And i always jeles dengan dorang masa kecik dulu untuk 2 perkara tu. Hahaha. Mie, Jue, tau tak bertapa korang ni sebenarnya dah menjadi contoh teladan Sofia sejak dari kecil? Hihihi... tapi saja je sejak dari dulu takmo bagitau korang. Sebab tak nak korang 'syiok' sangat. Hehehe... gurau je.

And back to story. Untuk usia 27 tahun sekarang ni, saya dah tak sanggup nak teruskan semua cara mencari rezeki macam ma tu lagi. Tenaga diri sendiri dah rasa tak mampu nak menampung beban sebegitu lagi. Tapi ma, dia masih lagi mampu melakukannya. Hebatnya ma. Ma la lelaki. Ma la perempuan. Ma la ibu. Ma la ayah. Ma la segala-galanya. Dan saya sedar, walaupun saya selaaaalu kekurangan kasih sayang dia. Walaupun saya selalu ketandusan kasih sayang dia. Walaupun dia selalu dingin terhadap saya. But actually saya dah dapat meraih terlalu banyak pengorbanan dia. I love her so much! Sungguh. Terlampau-lampau sayang! I'll do anything for her. Even tukar nyawa dengan dia sekalipun. I want she happy. Dan, tolongggg.... jangan susahkan hati dia. Dia tak sihat. Please... (T_T)

Comments

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"
"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"
"Lain. Ada subtitle."
"Quran ada terjemahan, kan?"

Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.
Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?
Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turu…

Jam Tangan Tawaf Yang Super Awesome!

Assalamu'alaikum. Hai! Berita baik untuk korang yang teringin nak cuba pakai jam tangan tawaf. Ataupun kepada peminat-peminat jam tangan tawaf yang teringin nak tukar pakai model lain pulak, sekarang ni dah ada jam tangan tawaf jenama MEM.

Sebelum tu… Apa itu jam tawaf ye?

Jam tawaf ni adalah jam yang pergerakkan jarumnya mengikut pusingan tawaf. Ataupun ada orang panggil anti-clockwise. Ataupun lebih mudah orang panggil jam pusing ke kanan.Naaa... gitu!

Dan kini MEM ada menyediakan jam tangan tawaf untuk lelaki dan perempuan tahu. Tapi kalau rasa nak sedondon dengan pasangan, yang couple set pun ada. Tapi jangan lupa, kena tahu jugak yang MEM pun ada sediakan jam dinding yang semuanya super-duper comel, cantik, menarik, tertarik lagi kau memang dabom! *Eheh! Terover la pulak… -.-'*

MEM BRAUNE

So macam gambar yang kat atas tu, tu adalah jam tangan tawaf dari MEM yang direka khas untuk kaum lelaki. Tak ke nampak macho lagi segak bergaya lengan mamat model yang peragakan jam d…