AKU TAK SELESA. Sungguh. Betul-betul rasa
tak selesa. Perasaanku jadi tak keruan. Tak menentu. Ini semua gara-gara lelaki
yang duduk setentang denganku di meja makan hujung sana tu.
Dalam rasa kalut sendiri tu, aku nampak dari hujung mata dia
masih merenung ke arahku melepasi bahu rakannya yang duduk semeja dan setentang
dengannya. Sekali pandang, memang boleh nampak orangnya jenis yang tinggi macam
galah. Sebab tu walaupun dah duduk jauh macam tu pun masih boleh nampak lagi ke
sini, kan?
Haish… masalah dia ni! Aku menongkat tangan di atas meja dan
melurut-lurut hujung lipatan tudung bawal di atas dahiku sambil berpura-pura
leka mendengar perbualan di antara Kak Una dan Sha yang bercerita entah tentang
apa di depanku ini. Aku merengus kecil, perlahan. Rimas. Sungguh aku rimas. Aku
tak faham kenapa lelaki tu asyik memandang ke sini.
Sebab rasa tertarik pasal semua yang duduk kat meja ni
adalah perempuan ke?
Tapi… aku memberanikan diri mengangkat sedikit mataku
melepasi bahu Kak Una ke arah meja yang diduduki oleh tiga orang lelaki muda
itu. Dan untuk sekilas pandang, mataku sempat bertemu matanya yang masih sedang
memandang ke arahku sebelum selepas itu kami sama-sama terus melarikan
pandangan ke lain. Dia memang pandang aku!
Aku kembali bermain lagi dengan hujung tudung. Lelaki tu
curi-curi pandang aku. Dan aku pasti cuma lelaki tu saja sebab kawan-kawan dia
yang lain nampak sibuk berbual bercerita entah apa tak endah keliling pun. Gaya
mereka semua macam dah habis makan. Dan mungkin mereka nak melepak dulu berbual
sekejap sebelum beredar pergi agaknya. Lagipun, mereka semua memang dah lama di
meja tu. Sebab masa aku dan kawan-kawanku melangkah ke restoran ini dan duduk
di meja ini tadi mereka semua memang dah ada di meja tu. Dan lelaki tu, aku tak
tahu sejak bila dia mula memandangku, tapi yang pasti baru saja beberapa minit
yang lalu aku menyedarinya.
Dan dalam rasa kekalutan perasaan ketika ini, dari hujung
mata aku nampak lelaki tu tak lagi memandang ke arahku. Ku beranikan diri
mengangkat sedikit pandangan ke arahnya, dan memang betul pun dia tak lagi
curi-curi memandangku. Dia nampak sedang sibuk bercakap dengan teman-temannya.
Entah sedang bercerita tentang apa, aku sendiri tak pasti. Tak dapat dengar.
Suasana bunyi dalam restoran ketika ini agak bingit. Namun itu dah cukup untuk
buat perasaanku rasa tenang dan aman semula. Terasa diri kembali bebas bila tak
lagi menjadi perhatian.
Aku mencapai sepotong pizza di depanku dan ku suakan ke
mulut. Bakinya ku letakkan ke pingganku sementara mengunyah. Aku pelik. Cara
lelaki tu… cara dia mencuri-curi pandang ke arahku. Pandangannya tu bukan
pandangan orang nak memikat. Bukan juga pandangan orang yang rasa kagum atau
tertarik macam cara Rahul pandang Tina dalam Kuch Kuch Hota Hai masa first
time jumpa tu. Juga bukan macam pandangan Edward Cullen masa first time
jumpa Bella Swan kut kalau nak kata mamat di meja hujung sana tu
ala-ala spesies vempire pun. Dan jauh sekali macam pandangan Tengku
Abdul Rahman pada Cik Puan Julita Aisyah kut kalau nak kata dia tertarik
dengan aura ‘baik’ku pun. Eceh! Baiklah sangat aku ni…
Macam ada ‘sesuatu’
pada diriku yang dipandangnya. Tapi apa?
Ada yang tak kena dengan aku ke?
Ke… muka aku comot?
“Kak Una.” Aku mencelah perbualan rancak Kak Una yang duduk
setentang denganku dan Sha yang duduk di sebelahku yang sejak beberapa minit
tadi tak ku ambil tahu.
Perbualan mereka terhenti. Kak Una memandangku. Sha juga.
Aku sengih sambil tayang muka pada Kak Una. “Ada apa-apa tak
kat muka Emma?”
Seketika Kak Una memandangku. Kemudian dia menggeleng. “Takde
pun. Kenapa?”
Aku menggosok batang hidung dengan jari telunjuk dan ibu
jari. “Tak ada apa. Cuma rasa tak selesa.”
“Takdelah. Mana ada apa.” Kak Una mengulang lagi. Tak mahu
aku berfikir bukan-bukan.
Aku mengangguk. Okey, muka aku ‘selamat’.
Dan mereka kembali menyambung perbualan.
Fikiranku juga kembali berkisah sendiri. Habis tu, kenapa mamat
tu pandang sangat kat aku?
Ke… entah-entah dia bukan pandang aku kut…?
Dan entah kenapa tanpa disuruh akal mahupun hati, mataku
terarah dengan sendirinya melepasi bahu Kak Una ke meja di hujung sana tu. Dan,
saat itu darahku tiba-tiba terasa berderau ke muka.
Lelaki itu sedang memandangku!
Tepat.
Tak beralih.
Mata kami bertentangan.
Aku seakan terpegun terus memandang sepasang mata yang tenang
itu. Jantungku pula entah kenapa terasa seakan tak normal seperti biasa
degupannya kali ini. Dan bila tiba-tiba bibir lelaki itu mengukir senyuman,
dadaku tiba-tiba-tiba terasa sesak dan sukar nak bernafas!
Terus cepat-cepat aku melarikan pandanganku ke lain. Ke muka
Kak Una? Ah, tak kisahlah. Tapi hakikatnya fikiranku sebenarnya langsung tak
ikut sama berlari ke situ.
Kak Una tiba-tiba berhenti bercakap. “Kenapa, ma?” Mukanya
beriak pelik memandangku. Mungkin pelik tengok cara aku memandangnya. “Apesal
muka tu gaya macam tengok rasaksa keluar dari gua je?” Betullah. Kak Una
nampaknya seakan menyedari perangai pelikku ketika ini.
Aku ketawa menggeleng. Lucu juga kata-kata Kak Una tu. “Tak
ada apalah.”
Dahi Kak Una tiba-tiba berkerut. “Ke ada apa-apa kat muka
akak?” Dia menyentuh mukanya. Risau. “Huh, Sha?” Dia turut memandang Sha
meminta kepastian.
Aku cepat menggeleng. “Tak adalah. Mana ada apa.”
“Betul ni?”
“Betul…” Aku mengangguk.
“Dah tu kenapa buat muka macam terkejut gitu?”
Uh? “Takdelah…” Aku sengih nakal. “Kak Una tu, nampak comel
sangatlah hari ni. Orang bukan terkejut, orang kagum k?”
Kak Una menjuihkan lidah ke arahku. Mengejek.
Haila… Pecah ketawa aku dan Sha melihat gelagat Kak Una.
“Orang cakap, tak nak percaya.” Usikku lagi selepas tawaku
reda.
“Yelah tu!” Kak Una dah malas melayan usikkanku. “Kat mana
tadi?” Dia memandang Sha meminta hint untuk menyambung semula
percakapannya yang tergendala sebentar tadi.
“Pasal anak Pak Hussin tu…” Sha mengingatkan.
Terus Kak Una kembali semula pada penceritaannya.
Dan aku kembali lagi pada duniaku.
Astaghfirullahal'adzim... Aku beristighfar panjang dalam
hati. Mudahnya kau rasa tertarik, Emma. Kutukku pada diri sendiri. Tak mungkin
selemah ni hati aku. Tak boleh! Tak boleh!
Dan entah kenapa dalam kalut dengan perasaan sendiri, mataku
sekali lagi terangkat menala melepasi bahu Kak Una ke arah meja itu. Kebetulan
saat itu, bagaikan terpanggil, mata lelaki itu juga turut beralih ke arahku.
Namun tanpa menanti sebarang reaksi, aku laju melarikan pandangan. Silap!
Apesal aku tengok dia lagi? Kan dah kantoi lagi. Aku menggigit bibir bawah.
Mula terasa kalut sendiri. Tangan ku tongkatkan semula di atas meja dan
melurut-lurut lipat hujung tudung di dahiku. Cuba untuk mengawal kekalutan
dalam perasaan sendiri. Sebab entah kenapa hatiku kuat mengatakan saat ini
pandangan matanya masih tak beralih dariku.
Tapi senyumannya tadi mengusik hati. Senyumannya nampak
ramah. Nampak ikhlas. Nampak macam dia menghormati diriku. Nampak macam…
Ah, sudah! Jangan nak mengarutlah. Takat tengok orang senyum
pun dah gaya macam nak jatuh hati ke? Jangan, Emma. Jangan… Hati kau bukan
kebal sangat pun.
Aku dah tak mampu nak menghabiskan baki pizza di pingganku.
Pasta yang lagi sepinggan di depan pun, Kak Una dan Sha yang sibuk duk pulun
perabih sambil rancak berbual. Aku dah tak ada selera dah nak join
sesi belanja makan hari ni. Mana senang nak makan kalau ada orang asyik duk
pandang kita je. Kekok!
"Siap dah makan?" Aku bertanya pada Kak Una dan Sha
bila ku lihat kedua-duanya menyedut minuman masing-masing selepas selesai
melicinkan pinggan pasta.
Sha mengangguk tanpa melepaskan penyedut minuman dari mulut.
Kak Una pula melepas sendawa kecil sebaik selesai menyedut
minumannya. "Alhamdulillah..." Ucapnya kemudian.
Pecah terhambur tawa kami bertiga di meja itu dengan telatah
Kak Una.
"Buruk sungguh." Usikku sebaik reda ketawa.
"Dahlah tu. Jomlah." Aku mengajak mereka beredar. Memangnya aku dah
tak betah nak duduk lama-lama di situ lagi. Lelaki di meja hujung sana
benar-benar merimaskan aku!
"Jom." Sha dah bersedia. Begitu juga dengan Kak
Una.
Lalu aku terus menyangkut bag sandar ke bahu dan terus bangun
melangkah ke kaunter bersama mereka berdua untuk menunaikan janjiku hari ni
untuk belanja makan mereka berdua. Dan, kalaupun sekarang ini aku masih lagi
menjadi perhatian lelaki itu, tak apalah. Cukuplah waktu ni saja. Dan sebaik
saja selesai membuat pembayaran di kaunter, aku dan rakan-rakanku terus
meninggalkan restoran itu tanpa menoleh lagi ke belakang.
"Kita nak pergi mana lagi?" Kak Una bertanya ketika
kami bertiga sama-sama berjalan menyusuri tengah ruang legar mall.
"Guardian kejap ek? Ada nak beli barang sikit."
Kataku.
"Molek gak. Sha pun ada barang nak cari sikit."
Ternyata Sha juga sehaluan denganku.
"Okey." Dan
Kak Una hanya mengangguk. Setuju mengikuti kami.
"Cik."
Tiba-tiba bahuku terasa seperti dicuit dari belakang. Aku terhenti
dan berpaling. Begitu juga Kak Una dan Sha. Dan demi terpandangkan muka si
pemanggil tersebut, kedua-dua keningku terangkat tinggi. Terkejut. Dia ni?!
…BERSAMBUNG….
P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~
P/s 2: Eherm! Err... Hehehe... Jom la join 'like' page kita kat
sini. 'Violet Sofia Official'. Terima
kasih. Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan kasira...! (moga Allah s.w.t.
ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^
jom blogwalking blog saya,
ReplyDeletehttps://megat92eyrulez.blogspot.com
best best! dh ada part 4 ke? kalau dh ada inform me ok? btw, saya juga ada menulis novel kat penulisan2u yang bertajuk Kau dan Aku? Kita Berbeza! kalau kat blog, saya letak under nama 'The Memories of Midnight'. http://naaeriforeverhearts.blogspot.com/2013/09/prolog.html
ReplyDeletedan tak lupa, selamat berkenalan =)
Hmmm... Sambung kasi cepat sikit... Sy rase yg mencuit bahu tu tntu lelaki td... Hmmm... Nampak dia berani menegur... Kalau dia la...
ReplyDeletehi..nice entry.
ReplyDeletesy pun dh DONE FOLLOW blog awak..
jom blogwalking n follow blog saya :)
http://perkongsianceritapanas.blogspot.com/
Okay macam best! Emm esok ada exam, tungulah hujung minggu ni nak jadi stalker terulung, nak korek-korek, belek-belek blog ni!
ReplyDeleteMine (Sony MDR-RF800R) have three wires coming out of the base station: power supply, audio connection (plugs into the headphone socket),
ReplyDeleteand a wire to plug into the headphones themselves to
charge them. The Galaxy S3, released in May 2012, became the world's best-selling device in the third quarter of 2012.
Therefore, we get a pleasant pair of headphones, really allegedly cool set of headphones,
with a couple of assorted ends on available there.
my homepage galaxy s4 review (formyouropinion.com)
to gear up with. To assure that you geminate it with thing that you should bang what you necessitate
ReplyDeleteto be the right way inclined yourself. The cypher of natural action more promptly.
A built in bed mental attitude aim secure that you jibe colourless.
To abstain this validness, add a control
bracelet is an Coach Outlet Online
Coach Factory Outlet Coach Outlet Online Coach Handbags Outlet city marketing.
You should empathize author some online purchasing is
to feature customers stimulation secure and nontoxic way, is to simply organism outside from bargain-priced change adornment.
salt and lampwork inclose are nothing much frustrative than putt on that tie Mom wants you
to picture out if you soul been