"CIK."
Tiba-tiba bahuku terasa seperti dicuit dari belakang. Aku
terhenti dan berpaling. Begitu juga Kak Una dan Sha. Dan demi terpandangkan
muka si pemanggil tersebut, kedua-dua keningku terangkat tinggi. Terkejut. Dia
ni?!
Lelaki itu menghulurkan tangannya kepadaku.
Aku tunduk memandang hulurannya. Dan tiba-tiba saat itu
darahku terasa berderau ke muka sebaik terpandang Samsung Galaxy Ace yang dah
usang di tangannya itu.
"Handphone awak, kan?" Lelaki itu bertanya.
Mungkin nak memastikan.
“Eh? Bukan handphone Kak Emma ke ni?” Sha di sebelahku yang
terlebih dahulu bersuara.
Gaya macam handphone
aku dah, tapi… Aku pandang semula muka lelaki di depanku. Kelam. “Macam mana…”
“Atas meja dalam Pizza tadi.” Katanya seakan mengerti
kehairananku sambil mengangkat tangan menunding ibu jari ke belakang. Merujuk
kepada restoran Pizza Hut yang baru saja aku dan teman-temanku tinggalkan.
Huh?! Terasa macam nak terjatuh rahang bawahku saat itu.
Terus aku sambut hulurannya. Sah dah handphone
aku ni! Macam mana boleh tertinggal ni…?
Dia ketawa kecil. Mungkin lucu dengan reaksiku.
“Thanks...” Ucapku
padanya dengan sengih segan. Entah kenapa perasaanku terasa lega sangat-sangat
ketika ini. Walaupun rasa bimbang akan kehilangan handphone tu belum sempat menjengah dalam perasaanku, namun tetap
rasa lega bila handphone tu ‘pulang’
semula pada aku sebelum sempat aku menyedarinya. Buruk-buruk pun, seposen-dua tak cukup nak beli ni.
“No problem.” Dia
hanya tersenyum senang. “Tertinggal ek?"
Sengih ku pudar. Tu tanya ke perli tu? Namun aku mengangguk
juga dengan senyum nipis. Malu sebenarnya sebab tahu aku yang cuai. Betullah…
cuai terlampau aku ni sampai boleh tertinggal barang penting macam ni. Dahlah
bukan beli dengan harga seposen dua.
Hilang talipon ni, mahu menangis tak sudah
aku…
Lelaki itu ketawa kecil lagi. Seakan ada yang mencuit hatinya
tentangku di matanya. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu. Tapi itu tak
menjadi ‘hal’ bila perasaanku entah kenapa terasa macam hampir terpaku melihat
senyumannya ketika itu. Hampir sepet matanya bila dia tersenyum. Kalah senyuman
hero pujaanku si Robert Pattison. Gila handsome
dia ni!
"Kebetulan ternampak masa nak keluar tadi. And
nasib baiklah sempat jumpa kat sini." Kata lelaki itu sekaligus
melenyapkan lamunanku yang tak sempat nak bermula.
Aku sengih dengan ketawa segan. "Tulah... Thanks
ek?" Sekali lagi berterima kasih padanya. Memang rasa syukur sangat-sangat
sebab dia sudi tolong pulangkan handphone
aku. Nasib dia baik, tolong pulangkan. Kalau tak, kalau terjumpa dek orang yang
jenis ‘tangan panjang’, ‘wasalam’lah
jawabnya handphone aku.
"No problem." Lelaki itu sekali lagi
tersenyum manis, handsome dan tampan!
Dan senyumanku perlahan-lahan menipis. Mataku resah berlari
ke lain. Sungguhlah… aku tak boleh tengok dia senyum. Kenapa? Kenapa? Kenapa
ada perasaan macam ni ek?
"So... Okaylah,
I got to go." Dia meminta diri.
Aku mengangguk. Rasa macam… lega, tapi sedih juga
mendengarnya. Pekehal?
"Bye."
Ucapnya sebelum berpaling.
Aku mengangguk lagi. Bye.
Dan lelaki itu terus berpaling melangkah pergi. Menyertai
semula teman-temannya yang masih menunggu di depan Pizza Hut.
Aku, Kak Una dan Sha juga selepas itu terus kembali
menyambung semula langkah kami. Sambil mengatur langkah menuju ke Guardian, aku
dan kejadian yang baru sebentar itu menjadi topik perbincangan antara kami
bertiga. Kak Una membebelku di atas kecuaian tadi. Namun lain pula dengan Sha.
"Tapi handsomelah
pakwe tu, Kak Emma. Rugi. Kenapa tak mintak number
phone? Kalau Kak Emma tak nak pun, bagilah kat Sha." Gadis itu tersengih
dengan muka mengada.
"Kan? Alaa... Lupalah." Aku buat-buat muka konon
kesal terlupa. Saja join Sha masuk mood 'menggatal'. Dan saja juga
sebenarnya nak ‘cut’ bebelan Kak Una.
"Eh! Eh! Najmi kau tu nak letak mana?" Kak Una
mencelah. Memerli Sha, mengingatkan.
Sha berpaling ke belakang. Melihat lelaki itu, mungkin.
Kemudian dia kembali memandangku semula. "Kak Emma, dan lagi ni.
Panggillah dia balik. Mintak number
phone." Sarannya padaku. Nampaknya kata-kata Kak Una langsung tak
dilayannya.
"Huish!" Laju aku membantah. Agak terkejut dengan
kata-kata Sha. Ada ke patut disuruhnya aku panggil semula mamat tu
semata-mata untuk nak minta nombor telefon? Mengarut! Dia nilah... Aku melawak je pun.
"Dan lagi dia ni." Kak Una hanya menggeleng dengan
kata-kata Sha.
"Entah." Aku menyokong Kak Una.
Sha tersengih. "Gurau jelah."
Aku dan Kak Una ketawa. Pandai pulak dia cover ye?
Dan dia sendiri ketawa dengan kata-katanya.
"Tapi apa salahnya pun, kan? Kak Emma kan tak ada boyfriend lagi." Sha bersuara lagi
selepas reda ketawa. Rupa-rupanya dia masih belum habis lagi dengan lelaki tu.
Haih, budak nilah...
"Dia dah kahwinlah." Aku menutur selamba.
"Mana tahu?" Sha memandangku. Seakan terkejut
mendengar kenyataanku.
Kak Una juga turut memandangku. Mungkin pelik macam mana aku
boleh berkata begitu. Dan mungkin dia tertanya-tanya apa yang aku tahu tentang
lelaki itu?
"Tengok gaya pun dah tahu." Aku buat-buat pandai.
Tipu. Aku tipu. Padahal yang sebenarnya aku tak tahu apa-apa pun. Tapi sebab
aku tak suka bila soal 'boyfriend' disebut, aku membuat spekulasi
sendiri. Kesian mamat tu, kan? Entah ye entah tidak dia dah
kahwin. Kalau tak, naya je dia kena tuduh dengan aku. Ah, lantaklah.
Bukan dia tahu pun. Apa yang penting, hal ni tak berpanjangan. Aku tak suka
bila hal 'boyfriend' diperbicangkan dengan diriku. Betul-betul tak suka!
Ala... ruginya." Sha buat muka kecewa untuk aku. Cait!
Melebih pulak dia ni.
"Ye, ye, o, je." Kak Una mencebik. Tak percaya
dengan kata-kataku.
Aku menjungkit bahu. Terserah...
Dan aku terus membelek-belek Samsung di tanganku. Sungguh aku
benar-benar rasa lega yang tak terkira waktu itu. Nasib baik dia tolong pulangkan handphone
aku, kalau tak... Heee... tak tahulah. Bagiku, kehilangan telefon bimbit
adalah suatu perkara yang paling menyeramkan! Dan aku tak sanggup. Terlalu
banyak perkara penting aku simpan dalam telefon bimbit ni. Dahlah handphone
aku ni tak aku letakkan pin kekunci. Kalau orang nak buat khianat, senang-senang
je!
KERUTAN DI KENINGKU seakan hampir bertangkup apabila aku selesai
membuka dan membaca satu mesej yang baruku terima malam itu. Mesej pendek dan
ringkas itu buat aku jadi hairan dan pelik sendiri.
'Hai!
Dah tido ke?'
Duh… Siapa ni ek? Aku tertanya-tanya
sendiri tentang mesej yang muncul dengan nombor tak bernama yang tak aku kenali
itu. Agak lama juga aku memikirkannya. Hingga tanpa sedar jemariku dengan
sendirinya naik ke dahi mengurut pelipis. Nampak sangat aku dah mula pening.
Tak balas, bimbang kalau-kalau ini orang yang aku kenal. Dibalas, bimbang juga
kalau-kalau hanya orang yang tersilap nombor atau ada yang sekadar nak
mengganggu.
Ahh…
Malas nak memeningkan kepala sendiri, akhirnya ku ikutkan saja rasa ingin tahu.
'Siapa
ni ye?' Balasku bertanya.
Dan
belum pun sempat aku nak meletakkan semula Samsung itu ke tepi, isyarat mesej
masuk lagi ke inbox.
Uih!
Aku agak terkejut melihat pop-up notification di skrin. Cepatnya dia
balas!
Terus
laju jemariku berlari di atas
skrin sesentuh membuka dan membaca mesej yang baru diterima itu.
'Arif.'
Hanya itu yang tertera di skrin telefon bimbitku.
Arif? Keningku terangkat sebelah merenung perkataan sepatah
yang tertera di skrin kala ini. Arif ni siapa? Setahu aku, rasanya… aku tak ada
kenalan bernama Arif.
Eh, ye ke?
Dan aku cuba memikirkannya sejenak.
Arif... Arif...
Ish, memang tak pernah lagilah kenal sesiapa yang dengan nama
macam ni. Ke... jangan-jangan orang ni tersalah nombor tak?
Ngee... Ni yang tak best ni!
Tapi baiklah jangan layan, kan? Dibuatnya dia menggatal ke
apa nanti kalau tahu tersalah nombor dan dengan siapa dia tersalah nombor? Olala...
Aku memutarkan mata ke atas. Confirm
buat serabut hidup aku je nanti, kan?
Tahu takpe!
Terus aku letakkan semula dan biarkan saja telefon bimbitku
itu di tepi meja. Aku beralih semula memandang skrin laptopku. Menyambung
semula kerja-kerjaku yang tergendala.
Namun selepas lebih kurang sepuluh minit berlalu, aku sedikit
tersentak apabila tiba-tiba isyarat mesej telefon bimbitku berbunyi lagi. Laju
kepalaku berpaling ke arah telefon di tepi. 'Arif' tadi ke tu?
Tanpa sedar tanganku dah mencapai telefon bimbit itu. Pop
up mesej yang masih belum hilang di skrin memaklumkan padaku bahawa
sangkaanku memang tepat bila nombor yang tak dikenali tadi itu muncul lagi di
situ. Memang 'Arif' tadi. Dan mesej yang baru diterima itu kubuka dan baca.
'Senyap je, kenapa?'
Aku tepuk dahi. Aiyo! Dia ni reti tunggu orang balas
mesej aje ke? Tak reti ke nak check sikit mesej tu
hantar ke nombor betul ke salah? Adehhh... Ni aku malas ni. Layan
nombor tak kenal ni karang jadi hal lain pulak karang buat susah hidup
aku je. Ngee... Masalah!
Masalah!
Dalam-dalam pada duk merungut sendiri, jemariku
berlari juga di atas skrin sesentuh Samsung di tangan membalas mesej lelaki
itu.
'Sorry, bro. U
salah nombor la.'
Aku tersengih sendiri selepas selesai mengirimkan mesej
balasan itu. Muahaha... Tak sikit bunyi macam balasan mesej dari
lelaki ke gitu? Kekeke... Lepas
ni mesti Arif tu dah tak berani nak mesej-mesej dah. Takkan dia nak 'mengayat'
jantan pulak, kan?
Aku meletakkan semula telefon bimbit itu ke tepi meja dengan
senyum senang hati dan menyambung semula kerja. Aman hidup.
Namun baru saja jemariku nak berlari mengetuk keyboard,
aku sekali lagi sedikit tersentak apabila isyarat mesej telefon bimbitku
berbunyi lagi. Amboi! Lajunya dia balas mesej? Ingatkan tak mahu layan
dah.
Aku capai Samsung itu lagi.
'Emma?'
Dan aku hampir saja tersungkur tersembam ke belakang kalau
tak kerana mujur kerusi berkaki empat yang aku duduk dan jungkitkan ke belakang
menjadi berkaki dua ini segera ku jatuhkan semula ke depan. Aku terkejut.
Betul-betul rasa terkejut. 'Arif' itu memanggilku Emma? Uih! Dia ni kenal aku
ke?
..…BERSAMBUNG…..
P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~
P/s 2: Eherm! Err...
Hehehe... Jom la join 'like' page kita kat sini. 'Violet Sofia Official'. Terima kasih.
Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan kasira...! (moga Allah s.w.t.
ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^
bestlah kaq..sambung aaa agi..
ReplyDeleteokey2... sabar...
Deletesambung2. hanna suka <3
ReplyDeleteawh, bangganya dengar hanna cakap suka. okey2 nanti sambung.
DeleteBest sambung la lagi...jangan lame2 taw sambung next entry..:)
ReplyDeletekali ni tak lama2 dah mimie... :-)
DeleteHmm is anyone else encountering problems with
ReplyDeletethe images on this blog loading? I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's the blog.
Any suggestions would be greatly appreciated.
Feel free to surf to my web blog: best baby cribs 2014
It's difficult to find knowledgeable people about this subject, but you seem like you know
ReplyDeletewhat you're talking about! Thanks
Here is my blog post; aimbot cs
Hey there! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I
ReplyDeletecould get a captcha plugin for my comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having problems finding one?
Thanks a lot!
Review my blog ... android 4.4.2 review
Hey bro,
ReplyDeleteI just want to introduce you with this great serp tracking program.
I know every webmaster need one. Of course to easily track our rankings in any search engin.
Well I really like this one cause not only it is
cheap but so reliable and accurate tracking.
YOu might want to take a look at it. here's the link: http://bit.ly/1kcoMGw
My blog: cheap serp tracking program