RUPA-RUPANYA, kejadian hilang telefon bimbit
masa kat Pizza Hut hari tu ada 'cerita' lain lagi disebaliknya.
Dan gara-gara berbalas SMS dengan nombor tak dikenali pada
suatu malam tu barulah aku tahu bahawa telefon bimbitku rupa-rupanya pernah
'diusik' orang. Lagi buat aku rasa tebal muka, ‘si pengusik’ tu siap godek aku
punya biodata dalam contact data
dalam handphone aku. Teruk sunggguh
dia ni! Patutlah gaya confident habis
je sebut nama aku malam tu,
rupa-rupanya dia dah tahu detail
pasal diri aku. Sungguhlah… stalker melampau tak ingat dia ni!
Adehh… Apalah yang aku dah tulis dalam biodata tu ek? Ada tulis benda pelik-pelik tak?
Tanpa dapat ditahan, pipiku terasa hangat dan merona dengan
sendirinya. Ngeee… harapnya tak ada perkara yang memalukanlah.
Arif. Bibirku tanpa sedar mengukir senyum sendiri mengigati
sebaris nama yang ringkas itu. Rupa-rupanya Arif tu adalah lelaki yang tolong
pulangkan semula kepadaku telefon bimbitku masa hilang hari tu. Heh. Aku
menggeleng sendiri tanpa sedar. Arif,
boleh tahan ‘lawak’ jugak dia tu.
Tapi lawak tak lawak pun, sesekali bila ingat balik kata-kata dia malam tu buat
kepala otak aku boleh tahan jadi haru jugak
dibuatnya…
"Sorry, saya curi ambil nombor awak masa sebelum
pulangkan phone tadi." Akui lelaki itu akhirnya. Malam tu, lepas
buat suprise ala-ala konon sebut nama
aku tu, dia call aku bila hampir
sepuluh minit mesejnya tak ku balas.
Kenapa tak balas?
Entah. Bila ‘nombor tak dikenali’ dengan tiba-tiba menyebut
nama aku, sungguh rasa seram dan khuatir menghantuiku. Aku risau sungguh
kalau-kalau si owner nombor tak
dikenali tu sebenarnya orang yang aku kenal atau mungkin ‘sangat’ kenal.
Siapa?
Err… Ex-boyfriend, mungkin? Manalah tahu kalau-kalau
Si Nazree tu dah tukar nombor telefon, kan? Dan saja menyamar konon nama ‘Arif’
untuk testing tengok aku ni menggatal
ke tak, kan?
Ada kemungkinan juga.
Bukanlah nak kata aku masih mengharapkan dia kembali, tidak.
Cuma…
Entah.
Mungkin kerana benciku pada si playboy yang entah bila nak reti menghargai perasaan orang tu dah
melimpah hingga untuk sesaat pun aku dah tak sanggup izin dia muncul lagi dalam
hidup aku, agaknya. Haila, Emma…
membenci tu tak bagus untuk kesihatan hati, okey?
What ever!
Namun sungguh lega yang tak terhingga bila malam tu
mengetahui kebenarannya bahawa si ‘nombor tak dikenali’ tu rupa-rupanya orang
lain. Betul la… ‘Arif’ tu memang Arif rupanya. Tapi Arif ni pun satulah… Ceh! Saja buat aku suspen, kan?
Mula-mulanya aku takut jugak
nak pick up the phone, answer the call.
Tapi bila dia berkali-kali call
sampai dah 5 missed call masuk voice mail aku, bukan sebab rasa kesian,
tapi sebab perasaan ingin tahu aku sendiri untuk tahu siapakah gerangan sebenar
empunya nombor tak dikenali tu pun membuak-buak, maka akhirnya ku selambakan
saja diriku menjawab panggilan telefonnya malam tu.
"Oh. Okey. Awak curi nombor saya." Tuturku semula,
rendah perlahan. Lebih kepada menuturkan pada diri sendiri. Saat tu aku masih
lagi bingung-kelam-tak faham macam mana nak mencerna penjelasannya tu. Curi
nombor aku… why? Por que?
"Sorry...
Marah ke?" Ada nada risau pada suara lelaki itu.
Marah?
Marah ke aku?
Entah. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa. Nak kata
marah, tak rasa macam tu pun. Nak kata suka pun, entah. Tak rasa apa. Cuma
rasa...
"Emma?"
Suara itu kedengaran lagi bila aku agak lama mendiam. Dan
entah kenapa aku terasa semacam
mendengarnya. Walaupun ada sedikit nada kebimbangan, tapi tone suaranya sangat menenangkan hingga entah dari mana tiba-tiba
ada rasa dalam hati yang buat perasaanku terasa keadaan dah tak seperti biasa.
Rasa lain... Seolah ada getar di hati bila suara itu menyebut namaku. Haish!
"Emma?"
"Huh?" Aku seakan tersedar tiba-tiba bila sekali
lagi namaku dipanggil. Uih! Mengelamun pulak aku ni.
"Marah ke...?" Dia bertanya lagi.
Dan aku terdiam lagi. Soalannya tu buat aku tak tahu nak
menjawab macam mana.
Dia juga diam. Mungkin menanti barang sepatah kata dariku?
"Kenapa?" Teragak-agak nadaku. Entah kenapa soalan
itu yang aku tanyakan padanya. Aku bingung. Ada banyak persoalan yang muncul di
benak fikiranku dengan tindakkan lelaki itu yang aku sendiri tak tahu nak
tanyakan macam mana.
"Kenapa?" Dia bertanya semula. Tak faham soalan
barangkali.
"Kenapa curi-curi ambil nombor saya?" Mungkin itu
antara salah satunya soalan yang aku nak tahu jawapan darinya.
Arif diam seketika. "Sebab..." Dia berjeda.
"... kalau mintak pun belum tentu awak bagi, kan?"
Ye ke?
Entah.
"Tak tahu." Kataku sambil menjungkit bahu sendiri. Cait! Macamlah Arif nampak pun aku buat
gaya gini.
"Biasanya macam tulah..." Arif menggumam rendah.
Alaa… dah namanya pun perempuan, kan? Biar lemah, tapi jangan
nampak murah.
"Tapi..." Aku diam tiga saat. "...
kenapa?" Tetap juga soalan itu yang nak meluncur keluar dari bibirku.
Belum rasa berpuas hati dengan jawapannya. Ada persoalanku yang jawapannya
masih belum aku temui dalam kata-katanya.
Lelaki itu diam seketika. "Mungkin awak rasa pelik,
tapi... saya ikhlas."
Uh? Aku jadi makin kelam mendengarnya. Ikhlas?
"Saya nak kawan dengan awak." Tuturnya
terus-terang. Ada nada jujur pada rentak suaranya.
"Okay... nak kawan… Okey je…" Dan aku pula seakan
masih bingung. Aku sendiri tak tahu apa yang aku tuturkan. Sekadar memberi
respon pada kata-katanya.
"Emma."
"Uh?"
"Saya suka awak."
Erk?! "Errr…"
Klik!
Panggilan terus terputus tiba-tiba.
…..BERSAMBUNG…..
P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~
P/s 2: Eherm! Err... Hehehe... Jom la join 'like'
page kita kat sini. 'Violet
Sofia Official'. Terima kasih. Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan
kasira...! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan
sebanyak-banyaknya!) ^_^
wohoo... ni excited nih... xnyesal reload blog sis lpa bca part 3 , tngk2 ad part 4 . bestt!
ReplyDeleteeh? laa... ade orang la rupanya malam tadi ek? haha.
Deletehaha.. sweetnya.. nak ngurat lettew..
ReplyDeletekan? pandai je dia nak ngayat anak dare org ye?
DeleteAlamak! Tergantung pulak cite...huhuhu...
ReplyDeletekena la 'gantung' sikit... kalo tak, nanti sape nak baca part 4 kan...? hahak! nakal tak? ngeee... ^_~
DeleteBila nak post yg seterusnya, dik? ;)
Deletecerpen ni dh nk jd mcm novel dh... byk sgt part dy... tp best...sweet
ReplyDeletehaha. tau takpe. dan cadangnya lepas ni memang dah nak jadikan mini novel la cerita ni. tak jadi cerpen dah. betul la... sofia memang x reti tulis cerpen. huhu... juga cadangnye nak bukukan and try terbit sendiri, ade yg nak beli x? huhu... tp x sure lagi la... tengah usha dlu...
Deletemana sambungannya..lama sgt tnggu :(
ReplyDelete