Saya ada terbaca
satu perkongsian ni kat Facebook tadi… Satu perkongsian yang buat saya rasa…
lebih insaf? Yeah, of course! Ceritanya memang bunyi macam lawak mula-mula,
tapi… kalau kita renung-renungkan, memang buat diri terasa makin kesedaran. Memang
buat terasa macam lebih nak berjaga-jaga dalam melayari kehidupan. Kira senang
cerita, lagi terasa nak buat more preparation menghadapi kehidupan selepas mati
gitu la… Dan untuk kebaikkan bersama, saya kongsikan pulak bende tu kat sini.
Dengan harapan, sama-sama boleh mendapat manfaat darinya.
Well, begini kisahnya…
Seorang penjahat ditembak polis dan koma. Kemudian dia
bermimpi dibawa Malaikat ke Neraka.
Tapi bila sampai Neraka, dia terkejut sebab tengok kat Neraka orang sibuk
berdisco, berkaraoke, minum arak, berjudi, banyak perempuan seksi-mesi, dan macam-macam
lagi *kira kononnya tak macam apa yang
dia selalu duk dengar pasal neraka masa hidup kat dunia la tu, kan?*. Melihat
bertapa nikmatnya Neraka tu, terus dia pun cepat-cepat nak masuk dalam. Namun
langkahnya terhenti, ditahan.
"Tunggu dulu! Waktu kau belum tiba.” Iblis penjaga pintu
menahan. “Kembalilah semula ke dunia. Buatlah yang lebih jahat lagi, maka lepas tu kau pasti akan masuk neraka." Kata Iblis tu
berpesan.
Akhirnya bila penjahat tu sedar semula dari koma, dia pun berbuat
lebih kejahatan. Dan akhirnya dia ditembak mati *ceh! Mati dalam kejahatan rupanya dia!*.
Lepas tu, Iblis
pun dengan segera hantar dia ke Neraka.
Tapi bila sampai Neraka, penjahat tu terkejut sebab tengok dalam Neraka ada banyak api, bau hamis
darah, banyak binatang berbisa dan banyak teriakan meminta pertolongan.
"Aikkk.. Dulu masa aku datang, Neraka ni tak macam ni."
Jadi bingung dan ketakutan penjahat
tu.
"Oh, time tu promosi bro...” Iblis selamba berkata
dengan senyuman.
Ceh! Betul la… Iblis memang kaki auta. Ikut cara mana pun dia
memang akan usaha jugak nak sesatkan
golongan anak-anak Adam ni supaya ikut dia ke Neraka. See? Bende yang mula-mula
penjahat tu tengok, hanyalah tipu helah, kan? Maka akhirnya menderitalah
penjahat tu dalam Neraka jahanam sebab sebagai balasan kejahatan dia. Buat
jahat mesti dapat balasan jahatlah, kan?
Maka nasihat Kubur:
- Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap. Maka
terangilah aku dengan TAHAJUD.
- Aku adalah tempat yang paling sempit. Maka luaskanlah aku
dengan berSILATURAHIM.
- Aku adalah tempat yang paling sepi. Maka ramaikanlah aku
dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
-
Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan. Maka
racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.
-
Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat. Maka
bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
-
Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat
amat sakit. Maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
- Aku adalah Munkar & Nakir yang akan bertanya. Maka
Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"…
P/s: Bila sesuatu
perkara tu bermanfaat dan boleh mendatangkan kebaikkan, maka sebarkanlah agar
kebaikkan itu berleluasan dan kita mendapat manfaat darinya bersama. Perkara
yang baik, datang dari niat dan perbuatan yang baik. Entry ni diizinkan share
tanpa perlu mintak izin terlebih dahulu. Thank you sudi baca. Have a nice day!
^_^
nice sharing dear :) singgah petang
ReplyDeleteperkongsian yg sgt manfaat :)
ReplyDelete